Webinar Nadi X Cybersecurity
16 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan NADI Cybersecurity bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Program tersebut telah dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 2 orang pelajar.
Program ini bermula dengan pengenalan kepada Program NADI Cybersecurity. Program telah mendedahan kepada pelajar tentang kesedaran penggunaan Internet secara positif. Taklimat juga menerangkan tentang kepentingan keselamatan siber kepada komuniti. Seterusnya, tayangan video keselamatan siber ditayangkan kepada peserta.
Semoga program ini memberi manfaat kepada komuniti dalam menambah pengetahuan tentang internet dan kesedaran keselamatan siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: